Uncategorized

MEMALUKAN!

UTUSAN CKP LEN…
HARIAN METRO CAKAP LEN….

TP UTUSAN DH MMBUAT KN….. BERITA TU JADI PANAS….
SIAN KEPADA STUDENT UMP… OPPORTUNITY MEREKA??? AISH…

ini versi Utusan

Kedudukan UMP hampir tercorot

KUANTAN 3 Feb. – Sikap segelintir pegawai dan kakitangan yang tidak berdisiplin menjadi salah satu punca Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan hampir tercorot di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pegawai dan kakitangan terbabit yang lebih mengutamakan soal remeh temeh tanpa memberi perhatian kepada aspek kualiti.

”Ada pegawai dan kakitangan yang menjadikan majlis-majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di Kuala Lumpur atau di tempat lain sebagai keutamaan berbanding dalam universiti ini.

”Kita lebih kerap memberi perhatian kepada perkara yang remeh. Kadangkala lebih menitikberatkan protokol dan kedudukan,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahunan 2009 di depan kira-kira 4,000 warga UMP di kompleks sukan universiti itu di sini hari ini.

Teguran Naib Canselor itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

Daing Nasir menegaskan, terdapat pegawai universiti itu yang kurang mengambil berat hal ehwal pelajar selain tidak mementingkan masa.

”Peraturan yang dikenakan kepada pelajar juga tertumpu kepada perkara remeh-temeh berasaskan andaian dan buruk sangka.

”Kita lebih cenderung kepada perkara yang mudah seperti membuat peraturan ketat kepada pelajar sedangkan pegawai itu sendiri kurang selesa dengan perkara yang mencabar untuk meningkatkan kebajikan pelajar dan staf,” katanya.

Menurutnya, kedudukan UMP di kedudukan hampir tercorot di kalangan IPTA di negara ini mengejutkan pihak pentadbiran universiti kecuali bagi ‘mereka yang masih lena’.

Daing Nasir turut mengingatkan pegawai UMP supaya tidak ‘syok sendiri’ dalam menjalankan aktiviti seperti penerbitan sehingga kegiatan yang dilakukan tidak memberi impak kepada dunia di luar kampus.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai dan kakitangan UMP memberi nafas baru kepada slogan universiti iaitu ‘kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.’

”UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek,” katanya.

ini pula versi hmetro:

UMP perlu diberi nafas baru

KHUSYUK...sebahagian pelajar mendengar perutusan amanat 2009 <br>yang disampaikan Dr Daing, semalam.
KHUSYUK…sebahagian pelajar mendengar perutusan amanat 2009
yang disampaikan Dr Daing, semalam.

KUANTAN: Pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaysia Pahang (UMP) perlu melakukan anjakan paradigma secara serius dalam usaha memastikan universiti itu tidak terus berada pada kedudukan lebih rendah berbanding institusi pengajian tinggi (IPT) lain di negara ini.

Naib Canselornya, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata keputusan setara tahun lalu jelas menunjukkan UMP masih belum mampu menyaingi dan menandingi IPT lain seluruh negara.

Menurutnya, keadaan itu kerana UMP lebih menumpukan kepada isu remeh-temeh seperti protokol dan kedudukan masing-masing.

“Ada kalangan pegawai tertentu tidak mempunyai kemahiran untuk kerja yang sepatutnya dilakukan selain tidak mementingkan waktu berkualiti apabila dibiarkan begitu saja.

“UMP dilihat lebih fokus kepada majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di merata negeri tanpa memberi penekanan kepada isu lebih penting termasuk kebajikan pelajar,” katanya ketika menyampaikan perutusan 2009 di hadapan kira-kira 4,000 pelajar dan kakitangan di Kompleks Sukan UMP di sini, semalam.

Katanya, pentadbiran UMP lebih cenderung kepada melaksanakan peraturan ketat hingga membebankan pelajar, namun kurang berusaha mengutamakan aspek kebajikan pelajar.

“Peraturan universiti dipandang ringan dan dilanggar kakitangan dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang tindakan diambil bagi mengatasinya.

“Kita seolah-olah seronok sendiri dengan setiap tindakan diambil tanpa memikirkan kesannya kepada dunia luar,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu tindakan drastik dengan memberi nafas baru kepada slogan kejuruteraan, teknologi dan kreativiti perlu dilakukan bagi mengembalikan maruah dan memartabatkan kembali UMP

Advertisements

5 thoughts on “MEMALUKAN!

  1. [16:54:10] ^_^ Summer says: salaam
    [16:54:14] ^_^ Summer says: encik sahli,
    [16:54:26] ^_^ Summer says: betul ke UMP dapat among tercorot dalam ranking?
    [16:54:46] en sahli – lecturer says: haah
    [16:54:54] en sahli – lecturer says: among the low
    [16:56:59] en sahli – lecturer says: its not about the student performance
    [16:58:02] en sahli – lecturer says: its more about capacity of r&d and the managemant of the uni

    ha….dgr tu kawan kawan..

    IT’S NOT ABOUT THE STUDENT PERFORMANCE….IT’S MORE ABOUT R&D AND MANAGEMENT OF UNI..

    sabar sabar semua..

    =D

  2. memang btol pon!! ntah pape je.fail bm time spm kot.ceh!

    ya aaaaaaaaaaa..
    kalu kat u lain,R&D is da main priority.
    da more R&D yg dihasilkan,lagi hebat/terkenal aaa u itu.
    kalu dpt jual hasil resaerch, diorg akan untung beribu2 or even berjuta2 ringgit both utk researcher n u tu sendiri..
    neway the more diorg laungkan mase wat r&D semakin kurang perhatian diorg terhadap student.=.=”!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s